Seminar Teknik Penggunaan BOBA Cepat dan Mudah

Pada 4 Jun yang lalu, satu seminar teknik penggunaan buku Boleh Baca (BOBA) kepada guru-guru tabika di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WAIWPKL) telah diadakan di Dewan Seminar MAIWP.

Seminar yang berlangsung selama 2 jam itu telah disampaikan oleh penulis BOBA merangkap Jurulatih Utama LINUS dan PK Kokurikulum di SK Permatang Raja, Pantai Remis.

Buku BOBA Edisi Kemas Kini merupakan cetakan ke-4 Nukilan Publication Sdn Bhd dengan dilengkapi lima (5) jilid buku berharga RM35.00 bagi set.

Penggunaan set buku ini sesuai untuk kanak-kanak seawal 4 tahun dan sehingga kini, set buku BOBA masih mendapat permintaan dan banyak respon positif diberi daripada para guru dan ibu bapa.

Untuk menempah set buku BOBA atau buku-buku lain terbitan Nukilan Publication, layari website ini. Sebarang pertanyaan hubungi talian 03-9105 5115 atau Whatsapp +6019-281 2690.

Leave Comment