SIAPA KAMI

Nukilan Unggul Sdn Bhd telah diperbadankan pada 20 November 2007. Syarikat ini beroperasi sepenuhnya di alamat No. 16-1, Jalan Alam Damai 1, Damai 23 Cheras, 56000 Kuala Lumpur. Pada mulanya syarikat menumpukan perhatian kepada penerbitan buku-buku aktiviti di peringkat prasekolah sahaja untuk dibekalkan kepada tadika-tadika di Jabatan KEMAS dan Jabatan Perpaduan.

Namun begitu Nukilan Unggul mahu mengorak langkah lebih jauh dengan menerbitkan buku-buku yang bersesuaian untuk semua peringkat sekolah demi memenuhi kehendak pasaran dan kepuasan para pembaca. Begitu juga dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain. Syarikat ini dimiliki oleh dua orang pemilik bertaraf bumiputera warganegara Malaysia.

Justeru itu sesuai dengan perkembangan teknologi dan persaingan globalisasi yang kian hebat kini, maka Nukilan Unggul mengambil langkah berani dengan mempelbagaikan lagi hasil penerbitan serta memperluaskan lagi perkhidmatannya supaya dapat tampil menjadi pemain yang terbaik dalam industri penerbitan buku negara. Selain itu, Nukilan Unggul Sdn Bhd juga mewujud dan menawarkan serta melaksanakan program-program motivasi kepada pelajar sekolah rendah, menengah dan penuntut universiti.

Kini, kami telah menubuhkan anak syarikat iaitu Nukilan Publication Sdn Bhd yang bertujuan untuk menerbitkan buku-buku bagi pasaran terbuka iaitu ke kedai-kedai buku seluruh negara. Selain itu, Nukilan Unggul Sdn.Bhd. juga telah menubuhkan lagi sebuah anak syarikat iaitu Nukilan Book Station Sdn.Bhd. yang beroperasi di Bandar Pusat Jengka, Pahang dalam usaha untuk memasarkan dan menyediakan barangan serta perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pasaran setempat.

Membekal & Mengedar

  • Bahan Bacaan
  • Alat Bantu Mengajar
  • Perabot dan permainan tadika
  • Mengendalikan seminar-seminar motivasi pelajar sekolah-sekolah dan ipt-ipt
  • Alat tulis
  • Peralatan Sukan
  • Hadiah dan cenderamata
  • Makanan mentah kering dan basah
  • Tender kedai buku sekolah
Menjual bahan bacaan
  • Buku Kanak-kanak
  • Rujukan & Latihan
  • Buku Agama
  • Buku Umum
  • Novel
  • Alat Tulis

 

Menjual dan membekal
  • Alat Tulis dan kelengkapan sekolah
  • alat bantu mengajar
  • peralatan sukan

 

Perkhidmatan
  • Photostat
  • Binding
  • Laminating
  • Menerbitkan buku dan bahan bacaan untuk pasaran terbuka (umum)
  • Terdapat pelbagai jenis buku yang telah diterbitkan
  • Buku Umum
  • Novel
  • Buku Bacaan Kanak-kanak (Jawi)
  • Buku Motivasi
  • Buku Aktiviti Tadika (Akademik dan Pendidikan Islam)

VISI

Nukilan Unggul Sdn Bhd ditubuhkan dengan mempunyai satu misi dan objektif yang jelas, iaitu untuk menjadi pemain utama dalam industri pembekalan bahan-bahan yang berkaitan dengan pendidikan. Di samping itu juga, Nukilan Unggul Sdn Bhd akan berusaha untuk menjadi syarikat bumiputera yang berwibawa dan berdaya maju agar mampu bersaing di peringkat global demi menyahut seruan dan saranan kerajaan.

MISI

  • Nukilan Unggul mahu memperkenalkan perkhidmatan syarikat yang setanding dengan syarikat-syarikat yang terulung dan ternama di pasaran.
  • Perkhidmatan yang ingin kami berikan perlu disebarkan secara merata dan meluas serta diurus dengan bijaksana melalui pendekatan yang unik, kreatif, menarik tetapi dalam bentuk komprehensif dan mudah.
  • Selaras dengan nama syarikat kami iaitu Nukilan Unggul Sdn Bhd., kami mengutamakan keunggulan yang dijulang.
  • Mewujudkan anak syarikat yang setanding serta maju dalam arena pendidikan.

Servis Kami

Buku Bermutu

Kami menyediakan pelbagai buku yang berkualiti dan bermutu

Walk-in BookStore

Anda boleh datang ke kedai kami untuk pembelian secara walk-in.

Kepuasan Pelanggan

Kami berusaha sepenuh tenaga kami untuk menyediakan buku-buku yang menepati citarasa setiap pelanggan

Penghantaran Segera

Kos penghantarn kami adalah flat rate serendah RM8 untuk penghantaran ke Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak