Majlis Pelancaran Buku “Itu Ini Sifir”

Alhamdulillah, majlis pelancaran buku “Itu Ini Sifir” berjalan dengan lancar. Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ismail Bin Musa di Auditorium SJK (C) Kepong 2, Kuala Lumpur. Turut serta dalam majlis dan sesi pembentangan tersebut ialah Puan Yusniza Mohamad Yusof (Cikgu Yus) selaku pembentang dan juga penulis buku Itu Ini Sifir serta Pengarah Urusan Nukilan Publication Sdn Bhd, Tuan Haji Khairul Hazamy Abd Ghani.

Karnival Gegaria “Cikguku Hebat!” ini berlangsung selama dua hari bermula hari ini (17/7/2018) dan esok, Rabu (18/7/2018) di SJK (C) Kepong 2, Kuala Lumpur. Sebanyak 47 buah booth terlibat dalam menjayakan karnival ini. Bagi yang tinggal berhampiran atau di sekitarnya, anda dijemput hadir untuk memeriahkan karnival ini.

Jangan lupa ke booth kami dan dapatkan harga diskaun dengan pembelian buku-buku terbitan Nukilan Publication.

Leave Comment