5 Tip Mudah Agar Anak Pandai dan Rajin Membaca

Bagaimana ingin memupuk minat membaca anak-anak apatah lagi buat si kecil yang baru menginjak usia 3, 4, 5 dan 6 tahun? Usia sebeginilah waktu yang sesuai untuk kita bentuk mengikut minat dan kelebihan mereka.

Namun begitu, normalkah anak sudah berusia 6 tahun tetapi masih belum pandai membaca? Ya normal tetapi jika ada anak-anak yang sudah seusia begini tetapi belum tahu mengenal abjad, itu luar biasa tidak normal! Membaca memerlukan satu proses yang panjang.

Nak anak pandai perlulah bersabar. Tetapi jika anak sudah pandai membaca, tahniah untuk anda. Jadi, bagaimana pula nak memupuk agar si anak rajin, minat dan cinta akan buku?

Oleh itu, kami kongsikan 5 Tip Mudah Agar Anak Pandai dan Rajin Membaca. Antara tips tersebut ialah:

1) Boleh juga tampal cerita-cerita pendek di dalam bilik mereka atau ruang-ruang yang mudah mereka lihat. Supaya mereka biasa dengan abjad.

2) Ajak anak ke perpustakaan

3) Beli buku yang menarik

4) Buat aktiviti membaca sambil bermain.

5) Ibu bapa juga perlu rajin membaca. Tunjuk kepada anak-anak yang anda juga pencinta buku.

Kongsikan kepada semua jika tip-tip ini bermanfaat.

Leave Comment