Description
Berjauhan dengan Nina Suraya membuatkan hati Ikmal makin teruja untuk mengetahui dan mengenali hati budi anak gadis kesayangan majikannya itu. Peluang yang ada digunakan sebaik-baiknya oleh Alia untuk mendekati Ikmal kerana sudah sekian lama Alia menyimpan perasaan terhadap pegawai tersebut.
Ikmal sedaya upaya cuba untuk mengalakkan dirinya daripada Alia kerana cintanya pada Alia ikhlas dan suci. Kasihnya tidak berbelah bahagi. Sesekali perasaannya terusik takut kalau-kalau Nina Suraya akan menolak cintanya meskipun seringkali diberi jaminan oleh ibu Nina bahawa Nina dan Ikmal akan tetap dapathidup bersama.
Senario yang Nina hadapi akhirnya menggamit kebimbangan di hati kecil Amer dan Mak Ngah Zaharah sehingga membawa mereka melibatkan diri dalam usaha membawa Nina pulang ke alam nyata. Melupakan Adam selama-lamanya dan menerima Ikmal sebagai pilihan terbaik buat Nina.
Menyintai Nina sejak dari kecil membuatkan Amer merasa tertekan, keliru, marah, dendam dan cemburu di saat mengetahui bahawa Nina menyintai Adam. Sukar baginya untuk melepaskan Nina begitu sahaja.
Apakah yang akan terjadi dalam percintaan mereka ini? Adakah cinta Ikmal berjaya menawan hati Nina Iskandar?
Reviews
There are no reviews yet.